Friday, April 12, 2013

Begitulah yayang

Yayang ke Putrajaya dan tak ajak aku. Maka berlakulah perbualan bbm berikut:

Aku: Tak rase nyesal gi jalan tak ade b? hihi
Yayang: haha..kenapa pulak?
Aku: kan yu cakap kalau b takde hidup yu kosong, rase cam tak
bermakna, gi jalan2 pun seolah-olah terpaksa gi sekolah pagi2
Yayang: hahaha, ye ke?
Aku: ehh, takde cakap ke?
Yayang : ade kot, tengok time la
Aku: ape pulak, ade time2 jugak ke
Yayang: ade la
Aku: time gane rase bosan takde b?
Yayang: time kapit lajok ke, time orang lain bawak awek,
time tibe2 teringat
Aku: tu je?
Yayang: banyak lagi, tak ingat dah
Aku: dan lagi tak ingat
Yayang: dah tuuu
Aku: yela2. jadi la, dari takde langsung
Yayang: haha, tau ponnnnn

Yang aku tak boleh terima, time tibe2 teringat? Maksudnya bukan setiap masa ingatkan aku? Tapi bila difikirkan balik, tak pe la. Aku pun ade masa aku TERlupekan die. Contohnya masa aku shopping atau sekadar cuci mata. Aku lupe aku tengah bbm sebab hs dah masuk dalam handbag. Bile tibe2 teringat, kelam kabut aku cari hs nak balas bbm. Ampun yuuuuuuu. Tapi kadang2 die pun begitu. Dah taip tapi lupe nak tekan send.Bile aku call cakap die tak balas bbm beriya2 cakap dah balas. Bile dah tengok hs baru nak cakap ehh lupe nak send.

Begitulah yayang.

Ini Cerita sedih..Bersabarlah yayang

Minggu lepas yayang menyampaikan berita yang sangat menyedihkan. Aku mahu menangis air mata darah, tapi tiada darah dalam mata aku. Air mata pun berdegil tidak mahu keluar. Aku cuma berharap agar yayang tabah dan bersabar. Tak..tiada siapa yang meninggal dunia. Cuma duit yayang, hasil dari duit kereta sewa ke snowwash ntah (aku tak pasti) telah pun meninggalkan yayang. jumlahnye agak beribu-ribu. Yayang sedih, aku lagi sedih walaupun bukan duit aku. Sebab aku tahu yayang bersusah-payah buat bisnes, aku tahu yayang sayang bisnes tu, kurang sikit dari jumlah die sayang aku. Sebab die sayang aku lagi banyak-banyak berbanding harta haha. ehh aku tak mahu ketawa, aku masih bersedih. Mungkin bukan rezeki die, kalau ade rezeki mintak2 jumpa balik. Itu duit simpanan untuk hantaran aku. ok menipu. Itu duit untuk bayar kereta dan yang lain2. Duit hantaran aku yang berjumlah 30k die dah simpan dalam bank elok2. Aku menipu lagi. Entah die dah simpan ke belum, yang penting aku nak hantaran handbag Carlo Rino walaupun die cakap nak bagi Gucci. Ini aku tak menipu. Bagi kat aku yang murah2 sudah.

Aku: nanti hantaran orang nak Carlo Rino
Yayang: Laa..baru ingat nak bagi Gucci
Aku: tak payah,tak minat Gucci

Berbalik kepada isu duit tadi.. sabarlah yayang, mungkin Allah nak bagi rezeki lain nanti. Bersabarlah.....

Friday, April 5, 2013

Siapa Munirah (bukan nama sebenar).

Today is friday. aku bukan nak cerita pasal hari. aku nak cerita pasal Munirah dan misteri si Munirah ni.

hari selasa lepas sepatutnya kelas aku ade test. tapi tibe2 (tipu,,tak tibe2 pun) lecturer aku ade meeting ke hape ntah. jadi budak2 kelas bincang and decide bile nak ganti hari untuk buat test tu. kami amat sangat malas tunda lame2, nanti tak tentu arah macam orang nak akad nikah (hiperbola sangat) sebab lecturer tanya nak buat test minggu depan ke. jadi test tu ditunda pada hari kamis yakni semalam. mula2 sepatutnya test 3 jam, tapi lecturer aku nak buat test 2 jam. jadi kami yang malas study over rajin ni dah terbayang2 nak pujuk lecturer untuk buat test open book. dalam hati dah terbayang2 nikmat buat test open book, satu-satunya perkara yang diidamkan oleh pelajar2 seluruh dunia. lepas tu lecturer cakap test boleh siap dalam mase sejam setengah. ok, sekarang kami dah kembang kuncup terbayangkan angan2 dan impian buat test open book. then lecturer cakap test sejam dari pkul 6 sampai 7. ape ni?? sempat ke nak jawab? maghrib baru boleh balik? bas pun entah ade entah tak. dah la dari pukul 11.30 pagi tunggu. jadi kami yang panjang akal ni mula terfikir, baik buat test online. boleh buka buku for sure, seronoknyeeeeeeeeeeee. one of the classmate call lecturer tanya boleh tak buat test online. then lecturer jawab nanti die email soalan.wuuhuuuuuuuuuuuuu!!! kami melompat kegembiraan (dalam hati je lompatan itu, tak boleh lompat betul sebab pakai baju kurung).

tibe2 kegembiraan kami musnah. pelamin angan kami musnah. dunia kami jadi gelap gelita. kami terkedu. hanya kerana 1 berita.


ada classmate nama munirah contact lecturer mintak buat test minggu depan.
 
 
ape ni??? kalau buat minggu depan confirm buat mase kelas. kalau buat mase kelas confirm 3 jam. kalau 3 jam boleh ke open book?? dan yang paling misteri, siapa Munirah??? tak ade dalam list kelas student nama Munirah. dah la buat keputusan tak bincang dengan classmate lain.
 
kepada Munirah, jika kau membaca ini- yang mana aku tahu confirm kau tak bace tapi aku tetap nak tulis- kami cuma ade 1 persoalan khas buat kau.
 
 
kenapa kau sanggup patah remukkan hati kami.
 
*menangis*

Wednesday, April 3, 2013

Aku ade adik ipar..hehh??

Diam tak diam dah hampir 2 bulan adik aku kawin. yeee, kamu tak silap. memang ADIK aku yang kawin, bukan kakak, bukan sepupu. kalo ikutkan die la first kawin di kalangan sepupu sepapat, baik dari family belah abah atau dari family belah ma. kadang2 macam tak percaya, adik yang selalu gaduh ngan aku sekarang dah jadi isteri orang. ma lagi la, dah ade menantu pun. ma siap cakap rase macam tak percaya wat majlis kawin kat umah, macam mimpi pun ade. aku?? takde la stress mane pun bile kena langkah bendul. bleh dikatakan aku tak rase ape2 pun, cuma rase hepy untuk adik aku diana. ohh name adik ipar aku shawal, lagi tua dari aku. kalo ikutkan die kena panggil aku akak tapi setakat ni die belum sebut akak, kalo cakap pun main cakap terus je haha. macam janggal pulak nak panggil akak2 nihh.

Majlis kawin 10 Feb 2013 nikah 9 Feb 2013, sehari sebelum majlis kenduri. yang menyedihkan aku takde hari akad nikah sebab kena daftar kat uitm shah alam. frust gile, muke aku je yang takde dalam gambar hari akad nikah. dan yang paling sedih aku takde kat situ mase saat adik aku dilepaskan ke tangan dan tanggungjawab suaminya oleh abah. dan aku takde di situ saat adik aku menjalani hari terakhir sebagai orang bujang. (ok now tibe2 aku rase sebak). lepas siap daftar mase 9 Feb tu dah  pukul 1 petang, tunggu yayang ambik aku ngan su kat uitm lepas tu terus gi umah kakak su kat saujana putra ambik beg. kakak su suruh singgah dulu minum air, so dalam lebih kurang pukul 3 bertolak balik terengganu. tapi otw nak balik highway pulak jem. kan dah start cuti sekolah mase tu, cuti raya cina. stress gile aku. sampai rumah dalam pukul 10 malam. bila aku sampai, diana dah jadi isteri orang. ape ni?? mase aku pergi die bujang lagi, tibe2 aku balik die dah jadi bini orang.

Mujurlah shawal pun kerja kat situ jugak, rumah die ke rumah kitorang pun bleh jalan kaki je. so hari2 diana balik rumah. makan la, jahit baju la, lepak2 la. sebab shawal selalu kena pergi KT uruskan pekerja so diana akan balik rumah kitorang. takde la rase sangat kan sebab ari2 pun jumpa.

Walaupun aku tak pernah cakap, tapi sebenarnya aku hepy dan bersyukur sebab die dah bertemu jodoh dan jumpa lelaki baik yang boleh jage dan control die (sebak lagi). sebab adik aku yang sorang ni degil yang amat. aku harap perkahwinan diorang akan sentiasa bahagia, dilimpahkan rahmat, diberkati dan kekal hingga akhir hayat. sabar dan tabahlah menempuhi alam perkahwinan. walaupun aku selalu marah2, tapi aku sayang adik2 aku. semoga berbahagia.


FARAH NUR DIYANA BT ZAINAL
MOHD SHAWAL BIN ENDUT

SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA


*gambar majlis perkahwinan akan dikongsikan di lain waktu.

Tuesday, April 2, 2013

Petua bibir lembut dan menawan.

sape2 ade masalah bibir kering,tak payah angkat tangan. duduk je diam2 lepas tu hafal petua yang aku nak bagi ni. aku memang ade masalah bibir kering dari dulu. bile bulan puasa lagi teruk, sah2 kurang air so bibir akan kering gile2 and lagi teruk bile gelak sikit terus berdarah. pedih wehh!!! ade jugak try gune pelembap bibir tapi tak bagi effect pun. ntah masalah bibir aku ke masalah pelembap bibir tu tapi yang pasti lepas pakai tu still bibir kering. stress tak payah cakap la. tambah pulak kalau duduk dalam bilik ekon. rase dah tak nak pakai bibir dah, boleh tak? haha. ade member cakap gune vaseline elok untuk bibir kering. aku siap beli botol besar, tapi same je kering. ape ni??


 lepas tu aku try google cari petua bibir kering. ade petua sapu madu sebelum tidur. same jugak! aarrgghhhhh!!! lepas tu aku sue cerita ade kawan die cakap sapu majerin, bangun pagi bibir lembut terus rase nak kiss orang. haha. rase nak kiss orang tu yang menarik perhatian aku untuk mencuba. hik hik hik. aku terus beli majerin dalam cup bulat tu.


 aku try, dalam 2 3 hari lepas tu memang betul2 rase nak kiss orang. oh my!!! bibir memang lembut and tak kering dah. lepas tu dah ade tabiat baru, sikit2 rase bibir ngan jari, sebab bibir i dah lembut bak bibir bayi yang suci. hahahahhah,over! mesti sekarang korang dah hentak2 kaki sambil jerit "nak bibir baby jugak!!!" ok., meh sini aku bagi petua bibir lembut menawan cantik menarik tertarik aku memang da bomb.

setiap malam sebelum tidur, sapu bibir gune majerin. bile bangun pagi,
 mase gosok gigi tu gosok sekali ngan bibir. so sel kulit kering tu akan
 tertanggal. amalkan setiap malam atau 2 malam sekali.

InsyaAllah berkesan sebab aku buat berkesan. sekarang ni kalo nak keluar rumah pun aku dah tak pakai lip gloss, sapu majerin je, tapi sapu nipis je la. kang tebal2 orang pelik pulak. ohh lupe nak cakap, tak payah risau semut datang gigit bibir malam2, sepanjang aku buat tak ade pulak semut datang menyerang. hasilnye memang sangat memuaskan hati. kalo keluar ngan yayang aku sengaja tayang bibir baru aku yang menawan ni, lepas tu die cakap aku nak goda die. hehhhh??