Monday, May 20, 2013

Dedikasi khas untuk PDC BAND

Aku ada kawan2 yang ramai dari pelbagai kelompok. Kelompok di sini bermaksud dari mana aku kenal mereka diorang. Aku ada kawan2 dari sekolah rendah, sekolah menengah, zaman asasi uitm, degree dan master. Aku tahu mesti korang cakap "elehh, bajet galmer, aku pun ada kawan ramai jugak, tak bising pun". Ini jawapan aku "suka hati aku la, ini blog aku". Terkesima dan speechless? Bagus, memang itu niat aku huahua. Oleh sebab aku ada kawan yang banyak gile berderet-deret ramai, aku akan buat dedikasi khas untuk setiap kelompok. Dah macam PTPTN ade kelompok bagai haha.

PDC Band ni sebenarnye start dengan main2 je. Mase tu prep malam. Sekolah aku kena prep kat sekolah tiap2 petang dan malam. Aku pun lupa PDC ni ditubuhkan bila haha. Tapi yang aku ingat mase tu kitorang sangat tak puas hati ngan pengawas. Kerek sangat. Ehhh, rasenye tak ade pengawas yang baca blog ni. Ok boleh teruskan haha. Mase tu budak2 hostel tingkatan aku ade kena buat event. aku lupa form brape, rasenye form 4. Bile budak2 tak pengawas bagi idea, cepat je budak2 pengawas reject idea tu. Oleh sebab diorang prefect, diorang rase diorang perfect. Hangin je aku mase tu. Lepas meeting tu terus gi prep malam so kitorang start main2. Tulis kat papan hitam nama persatuan baru untuk menunjukkan rase tak puas hati haha. Macam budak2?? Tak, aku rase aku sangat matang waktu itu hahaha. Mase ni, kitorang tak kawan pun antara satu sama lain. Entah macam mane boleh study same2 dalam kelas tu. Bukan study sangat pun. Last2 dapat la nama PDC. Maksud PDC tu agak2 la sendiri. Aku cuma bagi tahu maksud P ngan C aje. P tu prefect C tu club. Pandai2 la agak D tu untuk ape haha. Ntah macam mane, PDC jadi satu group bestfriend. 10 orang plak tu-Bboh, Tmoh, Sena, Ejah, Dlah, Dila, Nana, Gee, Kak cik, aku.

Dengan PDC ni la aku teruskan sisa2 hidup kat hostel sampai abis form 5. Tiap2 petang kitorang main bola tampar same2. Orang lain tak boleh kacau dah court tu. Tapi Gee tak main, malu katenye sebab tak pandai. Jadi aku tugaskan die jage anak2 tepi padang haha. Kitorang pernah main mercun mase bulan puasa letak dalam betik masak. Hasilnya? Teka la sendiri, tak payah buat eksperimen. Kadang2 kitorang buat BBQ kat padang hostel. Orang lain boleh cium bau je hik hik. Pernah sekali aku kantoi mase spot cek sebab tudung singkat. Singkat sikit je aats siku. Tapi pengawas tu kata "tiada kompromi sama sekali!!" walaupun aku dah merayu untuk dilepaskan. Sangat tak aci, patut la pagi tu kelam kabut semua pinjam tudung yang labuh. Boleh pulak aku tak dengar announcement minggu sebelum tu ustazah cakap nak buat spot cek. Dendanya pakai tudung labuh warna hitam, dah sama labuh dengan baju kurung aku. Aku siap menangis lagi. Lepas tu Sena temankan aku pakai tudung hitam tu jugak. Aku terharu huuuuuuu. Bila kitorang malas makan kat dewan makan, kitorang akan tugaskan wakil gi ambik nasi untuk 10 orang lepas tu makan ramai2 dalm bilik. Orang yang ambik nasik tak payah basuh bekas. Lepas tu gillir2 orang lain pulak ambik nasi. Satu hal yang aku pelik ngan PDC ni, bila sorang nangis yang lain pun nangis sekali. Motif??     

Banyak kenangan yang ada ngan PDC tapi nak tulis satu2 aku lupa. Sekarang semua duduk jauh2. Tapi kenangan tu tetap ade. Kadang2 rase nak balik ke zaman sekolah. Sehari pun cukup la. Sambil2 tu boleh la aku balik ke hari yayang sms aku mase form 4 dulu. Lepas tu aku boleh balas sms die. Mesti boleh terus kapel. Takde la lepas abis sekolah baru nak kapel gara2 die ingat aku tak suke die sebab tak balas sms tu haha. Untuk PDC band, walaupun kite jarang jumpa, tapi PDC band akan terus hidup dalam hati kite. cewahhhh~~











Thursday, May 16, 2013

Yayang & Umrah

16.5.2013~pagi ni yayang berangkat ke Mekah, buat umrah ngan mak die. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan selamat pergi dan balik. Untuk kali ni aku benarkan yayang untuk lupakan aku seketika. Seketika cuma yee! So start hari ni sunyi la handphone aku, tak berapa nak berbunyi la nampaknye. tapi tak pe, dah kirim doa ngan kismis hehe. Tak sabar tunggu yayang balik. Yayang pun bru naik flight, sampai pun belum, dah tunggu balik. Dah la sempat marah aku before naik flight. Ada ke patut kate aku tak matang bile aku pesan jangan ngorat awek arab. Die tak tau ke awek arab semua putih gebu mata galak sopan-santun cantik menarik tertarik vogue the vass gitu. lepas tu die jawab "orang bukan gi jalan2". Hmm, betul jugak kan, agak tidak cerdik aku disitu. Padan Muka kena marah. Aku tak puas hati sebab kena marah aku jawab balik "hek eleh bro, relax la beb, gua cakap je,emo la lu". Haha, ok sumpah menipu. Aku tak jawab sebab dah sentap. Lagipun malas nak gaduh, kesian die. Last-last dapat smiley big hug. Ok tak sentap dah hehe~

Untuk yayang~selamat menunaikan umrah. semoga sentiasa khusyuk dan bertambah ibadah. B doakan awak selamat pergi dan selamat balik. Semoga sentiasa diberkati dan berada di bawah lindungan rahmat Allah. Semoga mendapat umrah mabrur. InsyaAllah~


Wednesday, May 15, 2013

Petua Rambut Lembut

Hari ni makcik nak kongsi petua untuk rambut lembut menawan macam rambut makcik ala2 fauziah Gous. Betul ke makcik eja nama tu? Entah lah, abaikan saje kalau salah. Nak rambut lembut senang saje. Makcik pun pernah try dulu, caranya dengan menggunakan kangkung. Abis kangkung belakang rumah yang ma makcik tanam. Sampai pucuk pn dah tak ade, akhirnya sekarang tinggal akar je pokok kangkung tu. Mari makcik share dengan anak2 semua petua rambut lembut ni ye.


Bahan2:
  • Daun kangkung
  • Air Suam
  • Bekas

Cara2:
  • Ramas daun kangkung dalam air suam dalam bekas
  • Sapu air suam yang bercampur ngan lendir kangkung tadi tu kat rambut sampai rata
  •  Biarkan seketika. Setengah jam pun tak pe, biar meresap. kalau rase nak biar je kangkung atas kepala seharian pun suke hati la.
  • Bilas rambut dan bersihkan sisa daun kangkung atas kepala.

Mudah bukan? kan makcik dah kate. Senang saje. Modal pun ciput. Beli kangkung seikat baru RM1. hasilnya memang memuaskan hati. Tak payah bayar beratus pergi salon. Simpan duit tu buat beli gelang emas besar. Kalau tak berkesan, jangan salahkan makcik. Salahkan rambut korang yang macam tali guni tu. Sebab makcik buat kat rambut mak cik elok aje. Kalau tak kenal daun kangkung, sila Google. Sekian dari makcik. Adiossss~

Friday, May 10, 2013

Rewang Crew

Akhirnya dapat gambar2 rewang dari kamera Cu Adi dan isterinya Che Su, jurugambar tak bertaulah yang tak diupah haha...malas nak upload banyak2.enjoy the pics~~~











































sekian~~