Thursday, June 27, 2013

Master wuhoooooo

Mari kite bercerita tentang sahabat. Kali ini sahabat dari kelompok master pulak, maksud aku kawan masa aku ambik master ni. Ini special untuk mereka yang aku sayang, sibuk sangat nak aku tulis pasal korang kan? Nah hambik kauuuuuu...

Aku dengan sue memang kenal dari degree lagi. Tu pun dah sem last baru rapat. Sebabnya? Seperti yang diberitahu dulu, die ingat aku sombong. Eleh tang sombong je bagi kat aku, yang die tu ramah sangat la tewww. Ok aku ngaku sue memang ramah, sebab tu aku boleh hangkut die balik rumah aku mase adik aku kawin. Sebab aku tahu kalau aku sibuk tak sempat layan die, die still boleh hidup lagi kat rumah aku tu haha. Sebab dia pandai bawak diri. Bagusss, tak payah aku nak layan beriya sangat, dah biase kan? hakhakhak. Sebab tu jugak aku tak kisah nak heret die bile aku keluar ngan yayang. Aku ngan yayang pun kalau keluar berdua terkebil-kebil mata. Mu tengok aku, aku tengok mu. haihhh, jadinya si sue ni la penambah korum, kasi meriah sikit. So nanti kalau die nak cari boyfren, haruslah cari yang tak kisah aku ikut masa dating huahua. Aku kan quality inspector untuk calon die nanti heheee.


Ana dengan zuzu ni aku kenal mase first day masuk kelas. Masa tu ada 8 orang je dalam kelas. So masa makan tak tahu nak makan kat mana sebab first day kan. Actually kelas second dah tapi kitorang ponteng. Aku siap naik genting, tak sedar diri betul. Alkisahnya aku ngan sue ikut aje la diorang makan. Lepas tu tibe2 ana ngan zuzu ajak kitorang keluar. Padahal mase tu tak ade la rapat sangat pun. Maybe sebab dah ade instinct nak jadi rapat kot, laju je setuju nak ikut haha. Now dah rapat camni, jangan nanti tibe2 korang benci aku pulak T_T



Aku nak tergelak kalau teringat masa kina first time masuk kelas. Kina dulu pun ambik degree kat dungun. Tapi die kan stok sombong bajet diva kannn so tak pernah cakap pun dulu. Masa die masuk kelas just "ehh hai" sambil sengih2. Bila nak makan kitorang keluar lambat sikit. Dah fikir nak ajak die makan sekali, tapi bila keluar tengok dah lesap dah minah ni. Aku assume die tak nak join makan sekali, tak sudi nak kawan ngan kite kot haha. Lepas makan jumpa kat bilik master, die cakap "tak ada geng nak makan, makan roti je tadi, lapar" kah kah kah. Rasakan!


Walaupun kita baru kenal 4 bulan, tapi rasa macam dah lame kawan ngan korang. Kalau aku rase serasi maksudnya korang memang best gileeee. Terima kasih untuk persahabatan indah ini Ya Allah. Terima kasih kerana memperkenalkan aku dengan mereka. Aku bukan sahabat yang baik, tapi aku dikurniakan sahabat2 yang sangat baik.






Ceritera ini ditulis atas dasar kasih sayang dari sahabat untuk sahabat~~