Wednesday, May 15, 2013

Petua Rambut Lembut

Hari ni makcik nak kongsi petua untuk rambut lembut menawan macam rambut makcik ala2 fauziah Gous. Betul ke makcik eja nama tu? Entah lah, abaikan saje kalau salah. Nak rambut lembut senang saje. Makcik pun pernah try dulu, caranya dengan menggunakan kangkung. Abis kangkung belakang rumah yang ma makcik tanam. Sampai pucuk pn dah tak ade, akhirnya sekarang tinggal akar je pokok kangkung tu. Mari makcik share dengan anak2 semua petua rambut lembut ni ye.


Bahan2:
  • Daun kangkung
  • Air Suam
  • Bekas

Cara2:
  • Ramas daun kangkung dalam air suam dalam bekas
  • Sapu air suam yang bercampur ngan lendir kangkung tadi tu kat rambut sampai rata
  •  Biarkan seketika. Setengah jam pun tak pe, biar meresap. kalau rase nak biar je kangkung atas kepala seharian pun suke hati la.
  • Bilas rambut dan bersihkan sisa daun kangkung atas kepala.

Mudah bukan? kan makcik dah kate. Senang saje. Modal pun ciput. Beli kangkung seikat baru RM1. hasilnya memang memuaskan hati. Tak payah bayar beratus pergi salon. Simpan duit tu buat beli gelang emas besar. Kalau tak berkesan, jangan salahkan makcik. Salahkan rambut korang yang macam tali guni tu. Sebab makcik buat kat rambut mak cik elok aje. Kalau tak kenal daun kangkung, sila Google. Sekian dari makcik. Adiossss~