Monday, May 20, 2013

Dedikasi khas untuk PDC BAND

Aku ada kawan2 yang ramai dari pelbagai kelompok. Kelompok di sini bermaksud dari mana aku kenal mereka diorang. Aku ada kawan2 dari sekolah rendah, sekolah menengah, zaman asasi uitm, degree dan master. Aku tahu mesti korang cakap "elehh, bajet galmer, aku pun ada kawan ramai jugak, tak bising pun". Ini jawapan aku "suka hati aku la, ini blog aku". Terkesima dan speechless? Bagus, memang itu niat aku huahua. Oleh sebab aku ada kawan yang banyak gile berderet-deret ramai, aku akan buat dedikasi khas untuk setiap kelompok. Dah macam PTPTN ade kelompok bagai haha.

PDC Band ni sebenarnye start dengan main2 je. Mase tu prep malam. Sekolah aku kena prep kat sekolah tiap2 petang dan malam. Aku pun lupa PDC ni ditubuhkan bila haha. Tapi yang aku ingat mase tu kitorang sangat tak puas hati ngan pengawas. Kerek sangat. Ehhh, rasenye tak ade pengawas yang baca blog ni. Ok boleh teruskan haha. Mase tu budak2 hostel tingkatan aku ade kena buat event. aku lupa form brape, rasenye form 4. Bile budak2 tak pengawas bagi idea, cepat je budak2 pengawas reject idea tu. Oleh sebab diorang prefect, diorang rase diorang perfect. Hangin je aku mase tu. Lepas meeting tu terus gi prep malam so kitorang start main2. Tulis kat papan hitam nama persatuan baru untuk menunjukkan rase tak puas hati haha. Macam budak2?? Tak, aku rase aku sangat matang waktu itu hahaha. Mase ni, kitorang tak kawan pun antara satu sama lain. Entah macam mane boleh study same2 dalam kelas tu. Bukan study sangat pun. Last2 dapat la nama PDC. Maksud PDC tu agak2 la sendiri. Aku cuma bagi tahu maksud P ngan C aje. P tu prefect C tu club. Pandai2 la agak D tu untuk ape haha. Ntah macam mane, PDC jadi satu group bestfriend. 10 orang plak tu-Bboh, Tmoh, Sena, Ejah, Dlah, Dila, Nana, Gee, Kak cik, aku.

Dengan PDC ni la aku teruskan sisa2 hidup kat hostel sampai abis form 5. Tiap2 petang kitorang main bola tampar same2. Orang lain tak boleh kacau dah court tu. Tapi Gee tak main, malu katenye sebab tak pandai. Jadi aku tugaskan die jage anak2 tepi padang haha. Kitorang pernah main mercun mase bulan puasa letak dalam betik masak. Hasilnya? Teka la sendiri, tak payah buat eksperimen. Kadang2 kitorang buat BBQ kat padang hostel. Orang lain boleh cium bau je hik hik. Pernah sekali aku kantoi mase spot cek sebab tudung singkat. Singkat sikit je aats siku. Tapi pengawas tu kata "tiada kompromi sama sekali!!" walaupun aku dah merayu untuk dilepaskan. Sangat tak aci, patut la pagi tu kelam kabut semua pinjam tudung yang labuh. Boleh pulak aku tak dengar announcement minggu sebelum tu ustazah cakap nak buat spot cek. Dendanya pakai tudung labuh warna hitam, dah sama labuh dengan baju kurung aku. Aku siap menangis lagi. Lepas tu Sena temankan aku pakai tudung hitam tu jugak. Aku terharu huuuuuuu. Bila kitorang malas makan kat dewan makan, kitorang akan tugaskan wakil gi ambik nasi untuk 10 orang lepas tu makan ramai2 dalm bilik. Orang yang ambik nasik tak payah basuh bekas. Lepas tu gillir2 orang lain pulak ambik nasi. Satu hal yang aku pelik ngan PDC ni, bila sorang nangis yang lain pun nangis sekali. Motif??     

Banyak kenangan yang ada ngan PDC tapi nak tulis satu2 aku lupa. Sekarang semua duduk jauh2. Tapi kenangan tu tetap ade. Kadang2 rase nak balik ke zaman sekolah. Sehari pun cukup la. Sambil2 tu boleh la aku balik ke hari yayang sms aku mase form 4 dulu. Lepas tu aku boleh balas sms die. Mesti boleh terus kapel. Takde la lepas abis sekolah baru nak kapel gara2 die ingat aku tak suke die sebab tak balas sms tu haha. Untuk PDC band, walaupun kite jarang jumpa, tapi PDC band akan terus hidup dalam hati kite. cewahhhh~~